Friday, October 26, 2012

Our HIV Test


Hi there!!.. assalamaualaikum…
Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan portrait kan kisah kami di blog using ini.hehe.. When come to wedding preparation, the first thing that comes to our mind is wedding permission from Jabatan Agama masing-masing. So, Alhamdulillah kami berjaya dapatkan kebenaran tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai ranjau nan berduri.

Seperti biasa, B2B kena buat hiv test kerana nak memenuhi kehendak form. Biasanya memang kena buat test ni dekat klinik kerajaan. Untuk B2B luar dari Selangor dan K.L sepatutnya tiada masalah sebab klinik kerajaan di negeri-negeri tersebut tak busy sangat macam Selangor dan K.L. In fact, actually, setiap klinik kerajaan telah memaksimumkan jumlah hiv test untuk perkahwinan ni iaitu sehari mereka hanya boleh buat 10 hiv test sahaja. Diulangi, 10 orang je taw… So, untuk menjadi salah seorang dari 10 orang ni sangatlah susah.

Syahida orang K.L dan tunang Mr. Chelsea orang N9. Tunang buat hiv test dekat N9 sekejap je. Datang klinik on the spot, terus buat dan terus dapat result. Berbeza dengan Syahida sebab terpaksa keluar masuk banyak klinik.

First klinik yang Syahida pergi ialah Klinik Kesihatan Datuk Keramat. Dekat sini, kena set appointment untuk dapatkan tarikh nak buat hiv test. Syahida pergi time tu hujung bulan 19.9 dan nurse bagi date hujung bulan 10. Mama Syahida pula nak jumpa tok imam awal bulan 10, memang kena tolak la date tu.

Then, Syahida pergi Klinik Kesihatan Ampang pula, dapat date appointment 9.10 tetapi result hanya akan dapat 2 minggu ke sebulan dari date appointment. Kena tolak appointment ni. Time tu dah tak tahu nak buat hiv test dekat mana, tapi mama Syahida call beritahu boleh buat test dekat Klinik Swasta then kena endorse dekat klinik kerajaan. Malam tu Syahida pun pergilah buat hiv test dekat Klinik Kita dekat Wangsa Maju.
Tapi, masalah tak berakhir di sini sebab nak sahkan hiv result tu still kena melalui bermacam-macam halangan. Since Syahida ade outstation 24.9 till 27.9, tugas mensahkan hiv result ni hanya dapat dilakukan 27.9. Sampai je K.L from Johor Syahida terus bergegas ke Klinik Kerajaan Selayang untuk sahkan. Malang tidak berbau, klinik tu dah capai maksimum 10 orang. Nurse suruh datang lagi hari Selasa sebab dorang just sahkan dari hari Selasa hingga Khamis.

Time tu sangatlah frust sebab Mr. Chelsea time tu tengah outstation and Syahida naik teksi ke Selayang. Hari tu Syahida melaburkan RM40 kepada teksi tetapi tanpa outcome yang diharapkan. Hari Selasa 2.10.12, Syahida pergi semula dan Alhamdulillah berjaya disahkan. Hari Ahad 07.10.2012, kami berjumpa tok imam dan tok imam mengofferkan diri untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk dapatkan kebenaran kahwin.

Perjalanannya sukar tetapi Allah sentisa memudahkan akhirnya. Usah dan doa sangatlah penting. Pengajarannya di sini, jangan lengah-lengahkan dan jangan tangguh-tangguhkan. Syahida bertunang 1.9.12 tetapi 17.9.12 baru terhegeh-hegeh nak buat hiv test. Memang salah sendiri.

Second, tunang (pihak lelaki) perlu memahami proses di bahagian perempuan sebab tanpa surat kebenaran kahwin daripada lelaki, borang perempuan tak lengkap. Dalam bahasa mudah, lelaki dah dapat kebenaran, baru perempuan boleh hantar borang untuk dapatkan kebenaran. Communication is really important.

As a conclusion, rancang betul-betul lepas tunang. Jangan jadi seperti kami!!!!

Psssstt: sebab perkara ni, Syahida menangis.. Syahida sangat stress since Mr Chelsea always outstation and I’ve commitment with my ACCA class. Syahida bukanlah seorang yang mudah menangis but this time, I have to..hehe..

Zulhijjah 07, 1433 / 23 2012 : 54 days before our S-Day and 49 days before my ACCA


Assalamualaikum semua!!!

Since raya hari tu memang dah x pernah buka or update blog. Bukan tak nak, tapi coverage internet yang sangat memilukan membantutkan niat. Tapi hari ni, ade someone yang sudi pinjamkan broadband beliau, so.. boleh la update sikit-sikit.

Sebenarnya, banyak sangat nak story. Dulu memang niat create blog ni untuk story telling about our Big Day. Bukan untuk show-off tapi just sebagai ingatan dan memori diri sendiri. Betul cakap orang, prepare wedding is stress. Stress due to time always ticking, stress due to pressure around you and others. Lain orang, lain pengalaman.

Tapi memang tak boleh dinafikan, once kita ada planning nak settled down, Allah sentiasa memudahkan kita dan memurahkan rezeki kita. Tapi setiap rezeki ada ujiannya. Tu lah lumrah alam. Setiap B2B mesti melaluinya. Mungkin tak semua merasainya tetapi mostly mesti rasa. Sebab perbualan bersam-sama rakan yang telah mendirikan rumah tangga, ramai yang mengakuinya especially bagi kami-kami yang money constraint ni..hihi..

I’ll spend some of my time to dedicate my experience in this blog to remind me the wonderful of wedding preparation. Until then, waiting for my next entry….

Tuesday, August 28, 2012

Syawal 8, 1433 / 26 Ogos 2012 : Bertandang ke rumah Mr. Chelsea

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa,
Kini Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga

“Eid Mubarak, Minnal Aidil wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin”
Assalamualaikum dan greetings to all. Hari ni dah Syawal ke-9 dan bandaraya telah kembali normal. Semua pun dah memulakan routine harian, jalan raya dah kembali sesak. Everything just back to normal. Same la dengan Chaed, dah kene start kerja. Malasnya. Tapi nak taknak, kena kerja juga kan.
Semalam seronok pergi rumah kawan-kawan yang buat open house tapi yang paling best semalan Chaed bertandang ke rumah bakal mak mertua..hehehe..first time as a girlfriend of Mr. Chelsea but second time as a friend sebab sebelum couple dulu Chaed pernah datang rumah dia masa wedding abang Mr. Chelsea. Tapi time tu datang beramai-ramai dengan classmate yang lain, semalam sendirian. Mula-mula Chaed nak ajak bestfriend Chaed teman tapi Mr. Chelsea tak bagi pulak.. L .. takut family dia berkenan dengan bestfriend Chaed gamaknya..
Yela, compare Chaed dengan bestfriend Chaed tu, memang bestfriend Chaed tu layak bergelar isteri orang. Dia pandai masak, Chaed tak reti. Dia lawa, Chaed biasa-biasa je. Dia pandai bergaul, Chaed tak berapa pandai. Pendek kata, dia memang calon terbaik.

InsyaAllah, Chaed dengan Mr. Chelsea akan diikat pada 1 September 2012  (14 Syawal 1433h). So, nak taknak Chaed kene jumpa jugak family dia semalam sebab Sabtu ni nak tunang dah. Actually berat hati nak pergi ke rumah Mr. Chelsea, kalau boleh nak jumpa lepas kahwin je tapi takkan lah kan. Mr. Chelsea pun dah kecil hati sebab Chaed selalu tolak datang rumah dia. Thus, dengan berat hatinya, Chaed eprgi juagk semalam. Alhamdulillah, keluarga Mr. Chelsea baik sangat. Lega.. J .. Tapi next time kalau Mr. Chelsea ajak pergi rumah dia lagi, Chaed still akan fikir 2, 3 kali.. hehe..

Nota hati : macam manalah penerimaan family Mr. Chelsea sebenarnya..
p/s : blog di type Syawal 9 tapi dpt post Syawal 11 :(

 

Wednesday, August 15, 2012

Salam perkenalan...

assalamualaikum semua..

gembira rasa hari ni...
tak sabar rasanya nak pulang ke rumah family..
dekat dua bulan dah tak balik..
bestnyer balik kampung..

di kesempatan yang tak berapa sempat ni..
NSB nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
NSB & this blog still baru dekat sini..
viewer pun takde..
tp in case la ada sapa-sapa yang baca..
Selamat Hari Raya ye...
Berhati-hati di jalan raya.. :)

Tuesday, August 14, 2012

assalamualaikum..
blog still under mainteanance..
hopefully akan di completekn b4 raya...